*402 Batu Giling Cili dan Rempah Ratus Dikumpulkan Di Batu Buruk*

0
947

Kuala Terengganu : 402 peserta bersama batu giling untuk mengiling cili dan rempah mengguna batu giling secara beramai-ramai dimana telah berjaya dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kuala Terengganu hari ini di Dataran Pantai Batu Buruk, disini petang tadi.

Semua peserta dari Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Daerah Kuala Terengganu menyertai pertandingan dan demontrasi tersebut yang julung-julung kali diadakan disini.

Menurut Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu Ahmad Feizal Haladin berkata, program ini julung kalinya diadakan bagi mengetengahkan cara masakan orang dahulu dan 200 kilogram cili serta rempah ratus berjaya diproses.

Katanya, orang-orang dahulu menggunakan kaedah batu giling untuk menghasilkan rempah untuk masakkan harian dan dibuat majlis-majlis yang besar seperti kenduri kahwin dan sebagainya.

“Tujuan utama pejabat daerah Kuala Terengganu mengadakan program ini adalah untuk mengimbau kembali kaedah yang digunakan pada tahun 50 hingga 100 tahun dahulu,

“Disamping itu juga dapat mendedahkan kepada kepada golongan muda dan juga anak-anak hari ini tentang peralatan tersebut,

“Alhamdulillah… kita telah berjaya mengumpulkan sebanyak 402 batu giling yang dibawa sendiri oleh komuniti J3K seluruh daerah Kuala Terengganu yang merangkumi 203 J3K keseluruhannya”, katanya kepada pemberita.

Selain itu, menurut pengerusi J3K Kampung Teluk Paku Haji Ayob Mamat, aktiviti seperti ini perlu diteruskan dimasa-masa akan datang kerana anak muda hari ini tidak pernah tahu dan kenal peralatan lama seperti batu giling ini.

Beliau sendiri menggunakan batu giling berusia lebih 60 tahun yang telah digunakan oleh ibu dan nenek beliau sendiri.

“Saya selaku peserta hari ini amat berpuas hati dengan penganjuran ini dan dapat memberi pendedahan kepada golongan muda yang mana sebelum ini hanya melihat di internet sahaja melalui gambar-gambar yang disiarkan’

“Tetapi hari ini, mereka dapat melihat sendiri bagaimana cara orang dulu-dulu membuat rempah untuk masakan dan mungkin hari ini juga ramai anak muda tidak pernah melihat lesung (penumbuk bawang) dan kegunaannya,

“Bagi mereka mesin pengisar itu lebih mudah dan cepat untuk memasak dan hidup dalam serba kemudahan tidal sama seperti 50 tahun dahulu,

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pengurusan pejabat daerah kerana telah berjaya mengadakan program seperti ini disamping dapat mengeratkan silaturahim antara J3K yang ada didaerah ini”,katanya. – Terengganu Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here