4 mangsa mati rentung ahli keluarga Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjung

0
447

PULAU PINANG – Empat beranak yang rentung dalam kejadian kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Lebuh Cecil, Pengkalan Weld, Georgetown di sini pagi tadi merupakan ahli keluarga kepada Ketua Pemuda MCA Tanjung, Lim Swee Bok.

Baca: 4 beranak rentung dalam kebakaran di Pulau Pinang

Ketika kejadian Swee Bok tidak berada di rumah kerana sedang bekerja di sebuah kilang.

Mereka yang maut ialah ibunya, Lau Sai Poh, 62; isteri yang juga warga China, Chen Yen, 35; dan anak lelaki serta perempuan Lim Yin Chun, 9, dan Im Jia Yiin, 8.

Menurut jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.08 pagi dan 20 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tambahnya, tiga mayat iaitu dua dewasa dan seorang kanak-kanak ditemukan rentung di dalam tandas dan ruang tamu tingkat bawah manakala seorang lagi kanak-kanak ditemukan di tingkat atas rumah yang 60 peratus terbakar itu.

“Kesemua mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kita kini masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Swee Bok tidak dapat menahan kesedihan sebaik sahaja tiba di rumahnya ketika kerja-kerja memadam kebakaran pagi tadi sehingga terpaksa ditenangkan jirannya.

Difahamkan, beliau masih lagi bersedih kerana kehilangan ayahnya yang meninggal dunia kerana sakit minggu lalu. – MalaysiaGazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here