300 orang pelajar terima bantuan sekolah dari pemuda UMNO dan Felcra Berhad – Najmil

0
615

SERAMAI 300 orang pelajar yang kurang berkemampuan menerima sumbangan pakaian sekolah, kasut, bag serta alat tulis hasil sumbangan Felcra Berhad melalui Yayasan Felcra bersetuju menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahun ini bagi parlimen Kuala Terengganu.

Sumbangan tersebut bagi meringan ibu bapa atau penjaga yang akan menyediakan persiapa persekolah anak-anak pada sesi pembelajaran 2018 nanti.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang juga Ketua Pegawai Seranta Felcra Berhad Dato’ Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris, hari ini berjaya menganjurkan Program “Back To School” 2018 Parlimen Kuala Terengganu di Kompleks Belia Dan Sukan Kuala Terengganu, Negeri Terengganu yang dirasmikan Pegawai Penyelaras DUN Ladang,Datuk Mohd Sabri Alwi.

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Sukan Dan Rekreasi Komuniti Parlimen Kuala Terengganu berkata, program ini bertujuan memberi semangat kepada pelajar daripada keluarga susah untuk sama-sama mengecapi nikmat sebagai pelajar serta bagi mengelakkan perbandingan rakan sebaya apabila sesi persekolahan bermula.

Inisiatif itu juga selaras dengan hasrat kerajaan yang sentiasa prihatin dan mengambil berat nasib yang dialami oleh golongan kurang bernasib baik, khususnya anak-anak yatim, orang kurang upaya dan semua golongan yang tidak berkemampuan serta berkeperluan dalam memenuhi hasrat pembangunan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here