30 Ribu Nelayan Berkumpul di Kertih Selama 3 Hari

0
342

30 ribu orang nelayan hadir ke Gelombang Nalayan Nasional 2017 (GNN2017) yang diadakan di muara sungai Kertih, Kemaman sejak 12 Oktober lalu.

GNN 2017 diadakan selama 3 hari dan berakhir hari ini (sabtu, 14 oktober) yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Naib Presiden UMNO Malaysia dan menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO.

Ahmad Zahid yang tiba jam 11.15 pagi ditapak GNN 2017 selepas merasmikan Hari Sukan Neraga 2017 Peringkat Negeri Terengganu Dataran Merdeka Dungun.

Turut bersama Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheeck, YDP Dewan Undangan Negeri Dato’ Mohd Zubir Embong, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan YB-YB Adun Barisan Nasional serta Ketua-Ketua Jabatan.

Sehubungan dengan itu Ahmad Zahid telah memgumumkan RM 2 juta tambahan kepada kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengadakan program ini dan menjadikannya sebagai acara tahun untuk golongan nelayan.

Katanya, jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka amat besar bagi kita rakyat Malaysia dimana mereka sanggup keluar seawal pagi dan pulang disenja hari untuk menangkap ikan bagi nelayan pantai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here