(3 Video) Fattah, Fazura kongsi video pertunangan untuk tatapan peminat

0
678

Pasangan pelakon sensasi, Fattah Amin, 27, dan Fazura, 34, sepakat berkongsi klip video majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada 13 November lalu.

Klip video tersebut dikongsi oleh mereka berdua menerusi laman sosial Instagram masing-masing.

“Teristimewa buat our beloved Love Warriors. Majlis pertunangan kami yang sederhana. Terima kasih di atas doa anda semua.

Salam sayang dari kami,” tulis mereka memetik kapsyen video tersebut.

Pasangan itu telah mengikat tali pertunangan di kediaman keluarga Fazura dan kemudiannya berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Umrah dua hari selepas majlis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here