12 Pendaki Terengganu Berjaya tawan Gunung Latimojong

0
258

Seramai 12 pendaki Kembara Integrasi Terengganu De Latimojong berjaya menamatkan misi menawan puncak Rante Mario dengan ketinggian 3478 meter yang terletak di pergunungan Latimojong, Sulawesi Selatan ( SULSEL), Indonesia.

 

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman selaku ketua kumpulan pendaki berkata, misi ini disempurnakan dengan jaya dan cemerlang walaupun menghadapi pelbagai rintangan.

 

Katanya, berkat doa pemimpin dan rakan-rakan di bumi Terengganu, misi itu dapat disempurnakan dengan jaya dan cemerlang walaupun mengambil tempoh masa yang panjang iaitu 31 jam keseluruhan pendakian selama dua hari satu malam

 

“Sekalung penghargaan kepada pihak kerajaan negeri Terengganu YAB Dato Seri Menteri Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK), Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman (Karyawan) dan barisan para penaja serta kumpulan media.

 

“Kejayaan ini sekaligus melakar satu lagi sejarah apabila menjadi kumpulan pertama dari negeri Terengganu yang tiba di puncak itu,” katanya kepada Terengganu Times hari ini.

Che Adam berkata, kumpula pendaki itu juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi kumpulan pendaki pertama mengadakan progrram berbentuk kemasyarakatan dengan menyalurkan sumbangan beras kepada penduduk dan makanan ringan untukĀ  golongan kanak-kanak di Desa Karangan ( Base Kem) yang hidup dalam serba kekurangan.

“Melihat kehidupan mereka cukup memberi kesedaran kepada kita rakyat di Malaysia untuk terus bersyukur dengan kehidupan yang kita nikmati sekarang.

 

“Kumpulan pendaki ini menjadi pencetus kepada hubungan dua hala kepada rakan-rakanĀ  media dari Terengganu dengan Wilayah Sulawesi Selatan,” ujarnya lagi.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here